Friday, 30 March 2018

AUDIT DALAMAN EKSA JANM SIRI 1/2018

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 Pengauditan Dalaman EKSA JANM siri 1/2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 2 & 3 April 2018


Bersama-sama ini dikemukakan format panduan sistem pemarkahan audit dalam EKSA. Untuk makluman, komponen yang terlibat bagi BPAD adalah Komponen A - D. Berikut adalah maklumat komponen berkaitan:-

Komponen A - Keperluan Utama Pelaksanaan
Komponen B - Ruang Tempat Kerja/Pejabat
Komponen C - Tempat Umum
Komponen D - Keselamatan Persekitaran

 Sehubungan itu, diminta semua pegawai untuk melaksanakan gotong royong pada petang ini bagi memastikan persekiran kerja berada dalam keadaan bersih dan teratur.




"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"

HEBAHAN AUDIT DALAMAN EKSA 2-3 April 2018





"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"


PERINGATAN MESRA - EKSA 2018

Assalammualaikum Wbt dan Salam Sejahtera
Warga BPAD,
Seperti kita sedia maklum, lawatan dari Jawatankuasa Audit EKSA JANM akan diadakan pada 2 dan 3 APRIL 2018. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama semua warga BPAD bagi memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan selesa pada setiap masa.
Ruang Kerja 
  • Tiada makanan (cawan, tupperwave) diletakkan diatas meja.
  • Fail dan dokumen tersusun kemas disisi ruang kerja.
  • Blazer, Shawl tidak disangkutkan pada kerusi atau di belakang ruang kerja. 
  • Barang yang tiada kaitan dengan kerja tidak diletakkan diruang kerja (garfu, sudu, duit syiling, dsb)
  • Selipar atau kasut di susun kemas di bawah sebelah kiri meja.
  • Label bagi Alatulis, Dokumen Rasmi, Peribadi perlu ditampal pada setiap laci.

Bilik/ Ruang Utiliti
  • Etika Penggunaan alatan dan bilik perlu dipaparkan dengan jelas.
  • Tatacara Penggunaan alatan perlu dipaparkan dengan jelas.
  • Pastikan wayar peralatan tersusun kemas.
Carta Pergerakan & Carta Organisasi Pegawai perlu dikemaskini dengan maklumat pegawai yang terkini.

Gambar PIC yang terkini perlu diletakkan di ruangan PIC masing-masing.




"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"