TAKLIMAT SUDUT MAYA EKSA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Seramai lima (5) orang pegawai Bahagian Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menghadiri Taklimat Sudut Maya EKSA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada 11 Ogos 2016 anjuran Jawatankuasa Latihan dan Dokumentasi EKSA JANM yang telah diadakan di Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Tujuan taklimat tersebut adalah:-
- Merealisasikan hasrat jabatan agar semua bahagian mempunyai sudut maya EKSA;
- Menyediakan platform yang lebih informatif, menarik dan mengandungi maklumat-maklumat terkini;
- Menjadi salah satu platform bagi mempromosikan EKSA; dan
- Lebih mudah di akses oleh semua pegawai.