Wednesday 15 August 2018

GAMBAR SEKITAR GOTONG-ROYONG EKSA BPAD 2018
















En Nording selaku pemangku Pengarah BPAD, membetulkan susunan kedudukan pegawai-pegawai dicarta organisasi BPAD



"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"


LAWATAN AUDIT MAMPU PETANG INI 15 OGOS 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Diingatkan pengauditan EKSA MAMPU akan dijalankan pada hari ini jam 2.30 petang. Oleh itu, diminta semua warga BPAD bersedia dan memastikan perkara berikut:-

    i) Tempat kerja sentiasa bersih dan kemas. (makanan dan minuman tidak boleh ada diatas meja semasa lawatan Audit)
    ii) Baju/Selimut/Jaket tidak disangkut dikerusi
    iii) Kasut dibawah meja tidak melebihi 2 pasang
    iv) Bantal tidak berada di atas kerusi
    v) Barang perhiasan di meja dan papan workstation diminimumkan
    ​vi) Memakai tanda nama dan berketerampilan kemas.

3. kerjasama tuan/puan berkenaan perkara ini amat lah diharapkan. 


Sekian, terima kasih.


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"

GAMBAR: PENEMUAN AUDIT EKSA DALAMAN YANG DIJALANKAN PADA 10 OGOS 2018 DI BPAD















"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"



HEBAHAN: PENSIJILAN SEMULA AUDIT EKSA OLEH MAMPU



Semua warga BPAD hendaklah bersedia dengan menepati segala keperluan dan mematuhi semua etika pensijilan EKSA yang telah digariskan.


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"


Monday 6 August 2018

PENGAUDITAN DALAMAN EKSA ZON BPAD OLEH JAWATANKUASA AUDIT DALAM EKSA JANM

Pada 2 Mei 2018 (RABU), satu sesi Pengauditan Dalaman daripada Jawantankuasa Audit Dalam EKSA JANM telah diadakan di Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), JANM, Putrajaya.


Juruaudit membuat pemerhatian dan semakan kepada fail EKSA BPAD





Juruaudit membuat tinjauan di sekitar 'workstation' di Unit Pemusnahan Dokumen, Kehilangan & Hapuskira (UPDKH)


Pengarah BPAD, Puan Fauziah Binti Abdullah sempat meluangkan masa untuk bertanya kepada Juruaudit berkaitan perkembangan pengauditan yang sedang dijalankan.

Juruaudit memberikan penerangan berkaitan penemuan yang perlu ditambahbaik.

Juruaudit sedang membuat tinjauan di dalam bilik utiliti dan diiringi oleh pegawai-pegawai BPAD.


Hasil daripada pengauditan tersebut, pelbagai penemuan telah ditemui oleh pihak Juruaudit Dalam JANM yang memerlukan penambahbaikan daripada warga BPAD khasnya dan daripada pihak Pengurusan BPAD amnya pada pengauditan yang akan datang bagi memastikan penemuan yang telah dibuat teguran tidal berulang dan memastikan matlamat EKSA tercapai.


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"


TAKLIMAT EKSA KEPADA WARGA BPAD

Pada 13 Julai 2018, Jawatankuasa EKSA BPAD telah mengadakan sesi taklimat kepada seluruh warga BPAD.

Sesi ini telah disampaikan oleh En. Rosli bin Zaini selaku JK Promosi serta En Azhar bin Md Kasah selaku Juruaudit Dalam bagi pengauditan EKSA di BPAD.

Warga BPAD telah diberikan penerangan hasil penemuan pengauditan dalaman EKSA yang telah diadakan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh semua warga ke atas penemuan yang telah dibentangkan.





"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"

GAMBAR AKTIVITI: MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA ZON BPAD

Mesyuarat Jawatankuasa EKSA Zon BPAD, telah diadakan sebanyak 2 kali pada tahun ini. Pelbagai perkara telah dibincangkan untuk menambah baik keadaan dan sistem EKSA Zon BPAD sedia ada.


MESYUARAT BIL1/2018 & BIL2/2018




"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"

Friday 3 August 2018

AKTIVITI GOTONG-ROYONG DALAMAN EKSA BPAD

Salam Sejahtera ,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Aktiviti Gotong Royong EKSA BPAD akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3/8/2018 (Jumaat)
Tempat: Aras 5 & 6 BPAD

Pakaian dibenarkan adalah pakaian sukan berwarna gelap.

Dimaklumkan juga bahawa Jawatankuasa Audit EKSA Zon BPAD akan menjalankan pengauditan Audit Dalam EKSA pada 6/8/2017.

Marilah bersama memastikan persekitaran kerja yang kondusif secara konsisten dikalangan warga BPAD


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"