Assalammualaikum Wbt dan Salam Sejahtera
Warga BPAD,
Seperti kita sedia maklum, lawatan dari Jawatankuasa Audit EKSA JANM akan diadakan pada 2 dan 3 APRIL 2018. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama semua warga BPAD bagi memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan selesa pada setiap masa.
Ruang Kerja
- Tiada makanan (cawan, tupperwave) diletakkan diatas meja.
- Fail dan dokumen tersusun kemas disisi ruang kerja.
- Blazer, Shawl tidak disangkutkan pada kerusi atau di belakang ruang kerja.
- Barang yang tiada kaitan dengan kerja tidak diletakkan diruang kerja (garfu, sudu, duit syiling, dsb)
- Selipar atau kasut di susun kemas di bawah sebelah kiri meja.
- Label bagi Alatulis, Dokumen Rasmi, Peribadi perlu ditampal pada setiap laci.
Bilik/ Ruang Utiliti
- Etika Penggunaan alatan dan bilik perlu dipaparkan dengan jelas.
- Tatacara Penggunaan alatan perlu dipaparkan dengan jelas.
- Pastikan wayar peralatan tersusun kemas.
Carta Pergerakan & Carta Organisasi Pegawai perlu dikemaskini dengan maklumat pegawai yang terkini.
Gambar PIC yang terkini perlu diletakkan di ruangan PIC masing-masing.