Assalammualaikum Wbt dan Salam Sejahtera
Lawatan JK Audit Dalam EKSA JANM ke BPAD telah selesai diadakan pada hari ini iaitu 28 September 2017. Secara keseluruhan, juruaudit EKSA JANM berpuas hati dengan pelaksanaan EKSA di BPAD.
Terdapat beberapa penemuan yang perlu diambil tindakan dengan kadar segera sebelum lawatan pengauditan EKSA JANM seterusnya yang dijadualkan pada 24 - 25 Oktober 2017.
Berikut adalah Penemuan pengauditan tersebut :-
1. Carta Perbatuan tidak dikemaskini dengan sempurna.
2. Bilik Utiliti (Aras 6)
- Tiada Paparan Etika Penggunaan Bilik Utiliti.
3. Ruang Kerja Pegawai (Aras 6)
- Terdapat barangan peribadi & dokumen kerja (kotak, dokumen, payung) di bawah meja ruang kerja pegawai. (sila rujuk gambar yang dilampirkan).
- Barangan peribadi seperti payung, raket ping pong, etc disimpan di atas almari yang diletakkan dibawah meja pegawai (sila rujuk gambar yang dilampirkan).
4. Pelan Tindakan Kecemasan tidak disediakan dan difailkan.
5. Tiada Pengiktirafan Tempat/Ruang kerja yang diberikan bagi Tahun 2017.
Cadangan Dari Pihak JK Audit Dalam EKSA JANM :
1. Carta perbatuan perlu dikemaskini dengan maklumat aktiviti-aktiviti EKSA zon yang terkini. (Tindakan : Setiausaha)
2. Bilik Utiliti (Aras 6)
- Sila paparkan Etika Penggunaan Bilik Utiliti. (Tindakan : PIC Bilik Utiliti Aras 6)
3. Ruang Kerja Pegawai (Aras 6)
- Ruang bawah meja pegawai perlu dikosongkan bagi menampakkan kekemasan dan keselesaan kepada pegawai ketika bertugas.
- Juruaudit mencadangkan agar semua barangan tersebut disimpan di dalam almari. Cadangan penggunaan semula almari besi (yang bakal dilupuskan) di Aras 5 (bersebelahan pintu ke BKP) oleh juruaudit bagi menyelesaikan masalah ini.
(Tindakan : Unit Pentadbiran & Pegawai yang terlibat)
4. Pelan Tindakan Kecemasan
- Mewujudkan satu Fail Pelan Tindakan Kecemasan di Unit Pentadbiran yang mengandungi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kecemasan, pelan lantai kecemasan & tarikh terkini alat pemadam. Maklumat ini mungkin boleh didapati dari pihak pengurusan bangunan.
(Tindakan : Unit Pentadbiran & Ketua Aras 6)
5. Papan Pergerakan Pegawai Seksyen Kawalan Pengurusan
- Tagging berbentuk bulat yang digunakan bagi pergerakan pegawai dicadangkan dikecilkan sedikit bagi memastikan ianya muat di dalam ruangan petak yang disediakan pada papan pergerakan pegawai tersebut.
(Tindakan : PIC Papan Pergerakan Pegawai Seksyen Kawalan Pengurusan).
6. Gambar penglibatan Pihak Pengurusan Atasan BPAD untuk EKSA perlu dimasukkan dan dikemaskini di dalam blog EKSA Zon BPAD dan Fail EKSA Zon BPAD. (Tindakan : Setiausaha & PIC Blog )
7. Tanda arah anak panah kecemasan (berwarna merah) perlu ditampal dengan kemas. (Ketua Aras 5 & 6).
8. Pengiktiran bagi tempat kerja terbaik dan sebagainya perlu diadakan dalam jangka masa terdekat. (Tindakan JK Audit Dalam EKSA Zon BPAD).
Hasil pemerhatian JK EKSA Zon BPAD semasa lawatan pengauditan tersebut mendapati, Kew PA 7 tidak dikemaskini dari segi maklumat terkini pegawai yang bertanggungjawab terhadap aset terbabit. (Tindakan : Pegawai Aset BPAD).
Diharapkan penemuan audit kali ini, dapat dikemaskini dan diambil tindakan dengan kadar segera memandangkan JK Audit EKSA JANM akan mengadakan lawatan audit pada 24 025 Oktober 2017.
Semoga Zon BPAD dapat terus mengekalkan kecemerlangan di dalam EKSA dan kerjasama dari semua Warga BPAD amat dihargai.
Ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada semua Warga BPAD yang bertungkus lumus dalam mengamalkan amalan EKSA Di BPAD.