Monday, 18 September 2017

PERINGATAN MESRA: EKSA 2017

Assalammualaikum Wbt dan Salam Sejahtera
Warga BPAD,
Seperti kita sedia maklum, lawatan dari Jawatankuasa Audit EKSA JANM akan diadakan pada 28 dan 29 September 2017. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama semua warga BPAD bagi memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan selesa pada setiap masa.
Ruang Kerja 
  • Tiada makanan (cawan, tupperwave) diletakkan diatas meja.
  • Fail dan dokumen tersusun kemas disisi ruang kerja.
  • Blazer, Shawl tidak disangkutkan pada kerusi atau di belakang ruang kerja. 
  • Barang yang tiada kaitan dengan kerja tidak diletakkan diruang kerja (garfu, sudu, duit syiling, dsb)
  • Selipar atau kasut di susun kemas di bawah sebelah kiri meja.
  • Label bagi Alatulis, Dokumen Rasmi, Peribadi perlu ditampal pada setiap laci.

Bilik/ Ruang Utiliti
  • Etika Penggunaan alatan dan bilik perlu dipaparkan dengan jelas.
  • Tatacara Penggunaan alatan perlu dipaparkan dengan jelas.
  • Pastikan wayar peralatan tersusun kemas.
Carta Pergerakan & Carta Organisasi Pegawai perlu dikemaskini dengan maklumat pegawai yang terkini.

Gambar PIC yang terkini perlu diletakkan di ruangan PIC masing-masing.

Penggantungan Potret Rasmi (YDP Agung, Perdana Menteri) perlu mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2014. (mohon rujuk kepada lampiran yang disertakan melalui emel ini)

Tanda anak panah di Laluan Kecemasan (tangga) pada Aras 5 dan 6 perlu diletakkan.


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"