Assalamualaikum wbt.
Gambar sekitar aktiviti gotong-royong peringkat BPAD yang telah di jalankan pada 21 Januari hingga 4 Februari 2022 yang lalu.
Komitmen dan semangat kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh semua ahli #keluargaBPAD amatlah dihargai.
Pengarah BPAD, Puan Noorlida binti Mohd Khalid sedang mengemas ruang kerjanya di Bilik Pengarah
Kakitangan BPAD sedang mengemas ruang kerja peribadi dan ruang gunasama di aras 5
Taklimat berkaitan aktiviti Gorong-royong sedang diberikan oleh Ketua EKSA Aras 6
Kakitangan BPAD sedang mengemas ruang kerja peribadi agar sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
Penglibatan daripada semua warga BPAD, Pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua unit dan semua kakitangan berpadu tenaga dalam menjayakan program gotong-royong EKSA BPAD.