Thursday, 23 March 2017

PERBANDINGAN PENCAPAIAN AUDIT EKSA 2/2016 & EKSA 3/2017

Graf menunjukkan perbandingan pencapaian markah Audit EKSA SIRI 2/2016 & EKSA SIRI 3/2017 yang telah dijalankan baru-baru ini.

Pencapaian pemarkahan bagi ZON BPAD, menurun sebanyak 0.99% dari pencapaian sebelumnya iaitu daripada 94.74% kepada 94.22%.




AYUH!!  BERSAMA-SAMA  KITA  mempertingkat dan mengukuhkan sistem budaya kerja yang selamat, bersih, berdisiplin, kemas dan selesa dengan menghayati dan melaksanakan amalan ekosistem yang kondusif secara berterusan.


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"


  

Wednesday, 22 March 2017

PENGUMUMAN: LAPORAN DAN MARKAH KESELURUHAN AUDIT DALAM EKSA JANM BIL. 3/2017

Terima kasih atas kerjasama Warga BPAD

Audit Dalaman EKSA JANM Siri 3/2017 yang telah dijalankan pada 2 Mac 2017 di Zon BPAD telah memberikan markah sebanyak 94.22% dan berada di kedudukan kelima keseluruhan di antara semua bahagian JANM.



"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"

Thursday, 2 March 2017

PENGAUDITAN EKSA JANM SIRI 3 2017 PADA 2/3/2017

Pengauditan EKSA JANM Siri 3 telah dilakukan di BPAD oleh pegawai-pegawai Audit EKSA JANM pada hari KHAMIS 2.3.2017 mulai jam 9.30 pagi.

Pegawai Audit di temani oleh Ketua Aras 6, En. Mohd Izad melakukan pemerhatian di sekitar Aras 5

Pegawai Audit memberi penerangan berkaitan pemerhatiannya di Sudut Gunasama, Aras 5

Pegawai Audit melakukan pemerhatian di tandas Aras 5, bersama Ketua Aras 5, En. Suhaimi
Pemerhatian dilakukan di tandas Aras 6
Pegawai Audit melakukan tinjauan di Aras 6
Pemerhatian dilakukan di sekitar Bilik Pegawai Aras 6
Pegawai membuat pemerhatian di salah satu sudut Bahagian Pentadbiran
Pegawai Audit melakukan pemerhatian di sudut Bahagian Pentadbiran

Pegawai Audit melakukan pemeriksaan ke atas fail-fail di Bilik Fail

Pegawai Audit sedang diberikan penerangan berkaitan maklumat di laman blog EKSA BPAD


Pegawai Audit membuat pemerhatian terhadap Carta Organisasi BPAD

"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"



Wednesday, 1 March 2017

TERKINI!! - PENGIKTIRAFAN ZON TERBAIK BPAD AUDIT DALAMAN EKSA SIRI 3

                                                 TAHNIAH!!

Hasil pengauditan Audit Dalam EKSA Zon BPAD kali ke tiga (3) yang telah dilaksanakan, pihak Jawatankuasa Audit Dalam EKSA Zon BPAD telah bersetuju untuk memberi pengiktirafan zon TERBAIK sepertimana berikut:


Bil
Zon Terbaik
Aras
PIC
  1
Bilik pegawai
5
Puan Hasliffah binti Hassan
  2
Ruang tempat kerja (workstation)
6
Puan Nur Irma binti Mohd Nor
  3
Pantri
6
Puan Farahah binti Faisol
  4
Ruang tamu
5
Puan Idayu binti Kamal
  5
Tandas -   Lelaki
5
Encik Mohamad Nazri bin Omar
 -   Perempuan
5
Puan Asnihayati binti Che Rahim


Tahniah sekali lagi kepada semua PIC yang telah memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat berada dalam keadaan selamat, bersih, kemas dan selesa sepanjang masa.

Kerjasama dan keprihatinan warga BPAD amnya amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.



"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"

HEBAHAN - PENGAUDITAN EKSA JANM SIRI 3 2017 PADA 2/3/2017

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman EKSA siri 3 akan dijalankan pada 2 Mac 2017 (Khamis). Pasukan Juruaudit Dalaman EKSA JANM dijangka akan melaksanakan pengauditan dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Diharap semua PIC dan Warga BPAD dapat memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat berada dalam keadaan selamat, bersih, kemas dan selesa sepanjang masa.


Kerjasama dan keprihatinan warga BPAD amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.



"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"