Wednesday 22 February 2017

HEBAHAN AUDIT DALAMAN EKSA SIRI 3

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman EKSA Siri 3 akan diadakan pada 23 Februari 2017 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, semua warga BPAD dikehendaki memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih, kemas, selesa dan selamat. Untuk tujuan tersebut mobile pedestel yang telah dilabelkan perlu mematuhi butiran seperti berikut:

    3.1 Alat tulis- Tidak Mengandungi Barang-barang Lain Kecuali Alat Tulis Sahaja.
    3.2 Dokumen rasmi- Fail/ Dokumen Rasmi
    3.3 Peribadi- Barang-barang Peribadi

Diharap semua warga BPAD dapat bersama-sama berganding bahu memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat adalah mematuhi kriteria EKSA.

Kerjasama dan keprihatinan  warga BPAD amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"