Monday, 18 September 2017

HEBAHAN: AKTIVITI GOTONG ROYONG EKSA BPAD (19/9/2017) & AUDIT DALAMAN EKSA BPAD, JANM

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Aktiviti Gotong Royong EKSA BPAD akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 19/9/2017
Tempat: Aras 5 & 6 BPAD

Pakaian dibenarkan adalah pakaian sukan gelap (baju BPAD).

Dimaklumkan juga bahawa Jawatankuasa Audit EKSA Zon BPAD akan menjalankan pengauditan Audit Dalam EKSA pada 21/9/2017

Marilah bersama memastikan persekitaran kerja yang kondusif secara konsisten dikalangan warga BPAD

Sekian Terima Kasih​


"Persekitaran Kondusif, Warga Produktif"

SENARAI NAMA PIC ARAS 6


Friday, 15 September 2017

HEBAHAN: PENGAUDITAN DALAMAN EKSA SIRI 1/2017

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman EKSA siri 1/2017 akan dijalankan pada 28 & 29 September 2017 (Khamis & Jumaat) serta 23 & 24 Oktober 2017 (Isnin & Selasa).

Diharap semua PIC dan Warga BPAD dapat memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat berada dalam keadaan selamat, bersih, kemas dan selesa sepanjang masa.

Kerjasama dan keprihatinan warga BPAD amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.